Wednesday 29 February 2012

story story jer,...

 Selamat Datang Ke Dunia saya,..

Ketika saya di tingkatan 4, saya ditempatkan di kelas 4 REKA CIPTA,.. Cerita ini dituju khas untuk budak - budak kelas saya. Dalam kelas ni cuma ada 29 murid dan mempunyai pelbagai kerenah dan ragam. Tapi tak di lupakan kepada guru kami yang telah memdidik kami sehingga kami berjaya dalam kehidupan ni,. Saya nak sematkan cerita ni supaya dapat di abadikan tak kira di ingatan sahaja,.

                   Dalam dunia kami ni,. di namakan 4 & 5 REKA CIPTA selama dua tahun kami menjadi penghuni tempat ini, hubungan kami bagaikan sebuah keluarga yang bahagia "happy go lucky je",.
Di kelas ni kami di bimbing oleh dua orang guru yang sudah kami anggap seperti ibu kami sendiri ketika di sekolah,. Seorang yang peyayang dan mengambil barat terhadap anak murinya, namanya adalah PUAN SITI SALINA,.Beliau telah mengajar kami dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, beliau seorang yang penyabar ketika beliau menjalankan tanggungjawab untuk menjaga kelas kami ,. ini kerana kami terlalu banyak menyusahkan beliau dengan pelbagai kerenah kami yang masih keanak-anakan lagi ketika itu. macam - macam kes kami buat ketika itu dengan kes pengetua lain , kes dengan guru disiplin lain,. kami ni memang suka buat undang - undang sendiri( melanggar peraturan sekolah).

                   Ini seorang lagi guru yang membantu PUAN SITI SALINA untuk memdidik kami yang sememangnya nakal ketika itu,.PUAN NORRIZA ,. orangnya comel , agak tegas tapi penyayang.. Selalu inginkan murid -muridnya berjaya,. tapi biasa la kami ni bukan nak dengar cakap orang pun suka buat hal ikut kehendak sendiri,. sampaikan pernah menjadikan perbualan hangat di pejabat sekolah kerana kerenah murid yang agak sukar di kawal juga la,.. Murid yang suka buat majlis tanpa persetujuan pihak pentadbir, suka melakukan aktiviti lain sehinggah sanggup tak mengikuti pembelajaran di kelas,. kerana terlalu aktif dalam ko - kurikulum sampai kelas tu pun cuma hadir untuk beberapa kali seminggu je,. guru lain tak dapat nak kata apa sebab bukan kami tak hadir ke sekolah tapi kami menyertai aktiviti sekolah juga ketika itu,. Pernah sekali kelas kami cuma tinggal 2 orang murid kerana yang selebihnya pergi mengikuti ceramah yang dianjurkan oleh pihak ko-kurikulum,.  Kesimpulannya kami di kelas REKA CIPTA ini sangat hypeaktif,.

                   Sekarang masanya untuk kita berkenalan dengan murid - muridnya pula,. mestilah memperkenalkan ketua kelas dulu,. Ketua kelas kami pada tahun 2009/4 adalah LUQMAN NUR RASYED, pada tahun 2010/5 pula diserah tanggungjawad ini kedapa MUHAMMAD ARRIF, mereka berdua ini banyak sangat persamaan dalam mengetuai kelas kami kerana mereka berdua ini sangat malas untuk melakukan tugasnya sendiri,. semua tugasnya diserahkan kepada penolong ketua kelas.

    " mentang - mentang ada penolong kalau boleh semua tugas diserahkan pada penolong, dianya cuma tolong goyang kaki je,.. "

Jangan di jadikan contoh orang macam tu,. yang dia suka cuma cakap 'assalammualaikum dan selamat sejahtera cikgu ' apa la nak jadi diaorang ni,. Walaupun mereka ni berperengai pelik tapi mereka ni selambe macam kami juga tu yang membuat kami lebih kurang sama je macam mereka ni,. LUQMAN NUR RASYED, dia ni orang panggil MAN tapi sejak naik tingkatan 5 dia pulak suruh orang panggil dia ATOK , otai katanya,.
             
      " memang nampak macam orang tua pun,. otai sangat ke?? "

   Sahabat dia yang seorang ni MUHAMMAD ARRIF, dia ni nak orang panggil dia ni AYEP(nama manja) tapi kita orang panggil dia MIDON, Midon tu nama bapa dia,. saja budak - budak ni kenakan dia ni,.Panas juga dia ni bila orang panggil dia ni Midon tapi apa kita orang peduli,.. Dua -dua ni masing - masing nak 'market' glamor sangat ke??

      Penat pulak citer pasal dia orang ni,. kita citer pasal penolong ketua kelas dia pulak,. pada tahun 2009/4 SITI WAHIDAH dan pada tahun 2010/5 MAREENA,. mereka ni kesian sebab selalu jadi mangsa ketua kelas,. tapi kadang - kadang pernah juga dia orang jadikan ketua tu mangsa dia orang,.  Katanya" ada ubi ada batas ,ada hari boleh balas",. yang ni saya sokong sangat,.
     SITI WAHIDAH  dia ni atlet sekolah dan bila budak - budak ni nak bukak game futsal memang dia ni ada la,. berbeza pulak dengan MAREENA ni dia minat je sukan tapi tak suka tunjuk bakat,. tapi bila dah tunjuk bakat memang tabit la.,. Comel orangnya sebab tu ramai yang suka ganggu hidup dia ni tapi dia ni garang orangnya,. orang yang baik - baik tak berani nak kacau dia ni tapi pada budak - budak yang nakal - nakal memang suka kacau dia ni,.

                SITI WAHIDAH orang panggil dia WAHIDAH tapi kat jersi dia WYE,.... 
                MAREENA boleh panggil MAREENA, EYNA tapi nama yang paling lekat kat ingatan LABU nama kucing kesayangan dia,. sampai ada orang cakap yang LABU tu pakwe dia,.
                                                               

        Penat bercerita orang yang ada jawatan dalam kelas ni,. Tapi ada lagi orang yang ada jawatan,. PENGAWAS .Seorang pengawas sekolah, dua orang pengawas perpustakaan,. Seorang pengawas sekolah ni lelaki orangnya,. berbangsa cina tapi disebabkan dia bercampur dan bergaul dengan kita orang dia pun tak macam budak bangsa cina yang lain sebab dia ni sangat lantang ketika bercakap “orang kata sound direct je,.” ,. Disebabkan  dia macam tu kita orang senang sangat bergaul dengan dia ni sampaikan bila berbual dengan dia ni tak ingat yang dia ni orang cina,. orang cina kebanyakannya pandai yang dia ni memang pandai,. Dia ni selalu dapat pujian untuk matapelajaan mathematics,. “
              Biasa la budak cina mesti la bagus dalam mathematics,.”
            
            Lupa pula nak bagi tahu nama dia,. Nama dia DING CHEONG WEN,.Biasanya orang panggil dia DING tapi bila orang marah dekat dia kita orang selalu panggil dia APEK,. ‘lagi pun dia cina kan,.’

            Dua pengawas perpustakaan perempuan orangnya,. Mereka ni macam wakil untuk kita orang yang sememangnya jarang pergi perpustakaan,. Seorang namanya KHAIRUNNISA dan seorang lagi bernama NOOR SUHANA,. KHAIRUNNISA nampak pendiam orangnya tapi dia ni boleh tahan juga orangnya,. Sangat sukakan perniagaan sampaikan dekat sekolah pun dia berniaga,. Orang panggil dia NISA SIPUT ,. NISA DONAT,. Sebab dia ni jual kuih siput dengan donat dekat sekolah,. Pelanggan dia kita orang la. Sampaikan budak kelas lain yang nak kuih dia ni kena tempah dulu dekat perhimpunan sebelum masuk kelas sebab takut kempunan tak dapat makan kuih siput dengan donat dia ni,. Walau macam tu,  kita orang ni juga la yang jadi promote dia ni,.
          “rindu pulak nak makan kuih siput dengan donat nisa nie,..”
        NOOR SUHANA seorang perpustakawan juga,. Dia ni peramah orangnya,. Suka  bercakap dan suka bercerita tak kesah la dia duduk dekat mana dalam kelas tu mesti ada cerita yang dia ceritakan dekat budak – budak ni,. Peramah dan baik orangnya nama panggilan dia dekat kelas ni NANA,.
            Nak cerita juga dekat kelas ni ada empat orang yang namanya FATIN,. Memang susah nak bezakan keempat – empat orang FATIN ni tapi tak jadi masalah kepada mereka nak bezakan mana satu FATIN yang dimaksudkan kerana keempat – empat FATIN ni sememangnya berbeza orangnya,. Cuma bila nak panggil FATIN  keeempat – empat ni la yang akan toleh,. Supaya tak nak ada yang perasan bila nak panggil FATIN dan yang cuba nak kenakan dia orang ni,. Mereka ni telah berpakat untuk meletakkan nama samara yang berbaza – beza,.seorang ni nama dia ni panjang sangat,. FATIN SHAHIRAH HANI,. Orangnya tinggi, putih melepak tapi bukan nak cakap apa la budak – budak ni tak suka sangat dengan dia ni,. Mungkin sebab kesalahan yang pernah dia lakukan menyebabkan kita orang tak berapa nak berkenan untuk bergaul dengan dia ni,. Walau macam tu kita orang tak pernah sisihkan dia ni bila ada sesuatu yang kami nak lakukan kami tak akan lupa untuk jemput dia sekali,. Nama panggilan dia ni FATIN ataupun YANI,.
            FATIN kedua ni sangat peramah orangnya”kecoh sebenarnya” ,. Dia ni sangat senang bergaul dengan orang,. Nak di katakana satu kelas tu kawan rapat dia , kawan bercerita dia  tapi sememangnya kami satu kelas ni rapat,. Tapi dia ni sangat suka memecah kesunyian dalam kelas ni,. dengan suaranya yang boleh tahan lantang bila bersuara,. Dia ni hyperaktif orangnya dan panas baran juga dia ni,. Sampai cikgu cakap dia ni baran orangnya dan bila nak belajar kena ada suasana yang bising dan dia ni kena bergerak untuk belajar kerana dia ni sangat susah bila belajar yang dalam keadaan suram,. Nama dia ni panjang juga la,.FATIN NUR ASYIKIN,. Dia ni pula guna nama panggilan EKYN,. Lagi pun sesuai dia perwatakan dia ni yang lincah dan kecil je orangnya,.
          FATIN yang ketiga ni orangnya cantik , putih dan bila ketawa sampai merah mukanya di buatnya,. Seorang yang pandai bergaul dengan orang dan dia ni kuat berusaha dalam pelajaran,. Dia ni selalunya akan buat pilih yang terbaik bila buat sesuatu keputusan,. Kiranya sangat bijak membuat keputusan dalam hidup,. Dan nama pilihan yang dipilih adalah FY,. Tapi ada juga yang panggilATIN dan kalau nak kacau dia ni kita orang panggil HASSAN sebab nama dia ialah FATIN HASANAH,. Dia ni kecil je orangnya tapi dia ni sangat bijak untuk mengawal situasi persekitaran yang berlaku,.

“Ramai peminat dia nie tau,,.” 
            
            Sekian la FATIN-FATIN yang ada dekat kelas ni,. Kita cerita pula tentang tiga sahabat ni,. Seorang ni bukan berbangsa melayu tapi tengok muka macam orang melayu,. Dia ni kelakar orangnya boleh masuk raja lawak la kan,. lawak dia ni boleh menyakitkan hati orang tapi bila bercakap laju macam 120 km/j ,. Sampai kadang – kadang orang tak dapat tangkap apa yang dia ni cakap sebab laju sangat  dengan dia ni kita orang malu sikit sebab dalam kelas ni bukan orang melayu yang pandai sejarah malayu tapi dia ni yang berbangsa iban dari Sarawak yang banyak pengetahuan dalam sejarah melayu,. Namanya adalahGARY disebabkan nama dia sememangnya boleh kita orang jadikan bahan untuk kenakan dia ni,. Kalau tak ingat nama dia ni ada  dalam cerita spongebob alaGARY binatang perliharaan SPONGEBOB,.
          Dia ni berkawan baik dengan seorang ni sangat kecil orangnya, pendiam orangnya,.memang bagus sangat la dia ni berkawan dengan GARY ni,. seorang pendiam seorang sangat suka bercakap,. Sangat susah untuk bergaul dengan perempuan sebab pemalu sangat, dan dia ni manja orangnya sebab dia ni anak tunggal sebenarnya,. Kita orang selalu cakap dia ni anak manja,. Ala bukan kita orang je cikgu pun sama cakap dia ni budak manja kena ajar dia ni lemah lembut je,. Nama dia ni MUHAMMAD FARID macam biasa ada juga nama untuk jadikan bahan lawak dia ni,. FARIDAH sedap nama tu kan,.
            Seorang lagi kawan dia ni bukan anak tuggal tapi boleh di katakana keluarga berada juga la,. Keluarga dia ni boleh di katakana semua cikgu kenal,. Lagi pun kakak dan abang dia ni pun bersekolah di sekolah ni juga,. Kakak dan abang dia ni pandai dan boleh di katakana keluarga dia ni pandai orangnya tapi bila pada dia ni menyiput sikit (lembat sikit) ,. Tak tahu la kenapa dia ni je yang macam ni tak macam kakak dan abang dia,. Walau macam mana pun dia ni boleh tahan gila juga bila di layan perangai dia ni,. Topik utama mesti bola pelawanan bola ,game bola segalanya bola la,. Nama dia ni MUHAMAMD FARIS boleh panggil FARIS je kan,.
            Dalam kelas kami ni ada pertubuhan tau,. Nama pertubuhan tu adalahSKUAD HASAD DENGKI ‘SHD’ sebab apa ada pertubuhan ni adalah untuk membela nasib budak kelas kita orang ni,. nampak otai macam gangster la kiranya,. Di anggotai oleh budak kelas ni juga,. Antaranya dia ni MUHAMMAD NU’AIM muka memang macam gangster tapi kita orang sikit pun tak takut dia ni,. Bak kata apa la sangat yang dia ni boleh buat,.  Orang panggil dia ni AIM tapi sejak ada pertubuhan ni dia ni nak orang panggil dia CHIN PENG macam gangster kata nya,. Lagi pun dia ni muka memang macam cina sikit,. Sesuai sangat la dengan nama tu kan,.
            Anggota lain pula seorang ni muka boleh tahan hensem tapi tak tahu la apa masalah dia ni,. Selalu datang lambat dekat sekolah nak cakap rumah jauh rumah dia ni,. jauh la sangat padahal dekat gila dengan sekolah dia ni pun datang sekolah jalan kaki je,. Dah tu kelas tambahan selalu je ponteng,. Apa nak jadi entah dia ni,. Boleh tahan hensem muka dia ni, tapi tu la,. Perangai tak seberapa pulak tu kan,. Pandai pun pandai dia ni,. Tapi nak buat macam manakan dia dah pilih jalan macam tu apa kita boleh buatkan,. Nama dia ni MUHAMMAD AMIRUL FAIZ orang boleh panggildia ni FAIZ tak terlepas juga  nama yang boleh di jadi kan bahan untuk ejekan adalah FAIZAH siap boleh buat iklan beras lagi tu,. Popular sangat la orang tu,.
            Orang ni pandai juga,. Nama dia MUHAMMAD SYAZWAN SYAFIQ degil tapi nakal,. Dia ni boleh di katakana orang kanan pertubuhan ni la,. Sebab dia ni senang mempengaruhi orang,. Cikgu pun selalu cakap yang dia ni pandai orangnya,. Sebab abang dia ni pandai orangnya selalu dapat anugerah dekat sekolah tapi nak buat macam mana dah dia ni pilih jalan tu  kita tak boleh buat apa pun,. Kalau bab nak kacau orang memang dia ni la orang nya,. Ada je akal untuk kenakan orang tapi  cara dia kenakan orang tak kasar la,,. Gurau – gurau biasa je,. Dia ni special sikit orang panggil sebab dia ni orang panggil JIBEK,. Nak tahu JIBEK tu siapa JIBEK tu orang cacat dalam cerita cinta ku saerah, orang cacat yang jadi pak sanggup pada perempuan yang namanya saerah,. Kita orang pun tak pasti kenapa nama tu dijadikan nama panggilan dia ni,. Tapi dia nak orang panggil dia OTAI nak cakap yang dia nia OTAI dekat kelas tu la,.
            Dua orang perempuan cina ni comel dan cantik orangnya,. Walaupun dia ni tak banyak buat hal dalam kelas ni tapi kalau ada apa-apa majlis haram yang dianjurkan oleh kita orang dia orang mesti ikut la,. Nak di katakana dua amoi cantik dekat kelas tu memang tak siapa pun yang nak kacau dia orang ni,. Tapi dia orang ni boleh tahan gila juga perangainya,. Kalau bab –bab bawa majalah dia orang ni mesti ada la dan bawa handphone pun sama juga,. Dalam diam dia orang ni kalau nak buat apa – apa pun,.. lagi pun PENGAWAS dekat kelas kita orang bukan berani nak buat apa – apa tindakan pun..  sebab takut kita orang tak kawan dia ni sebab dia ni satu – satunya pengawas dan satu – satu budak lelaki cina kat kelas tu,. Nama dua amoi cina ni ialah seorang WAI KWUAI FOONGdan seorang lagi GO YUN TING,.
             Tak di lupa juga dua budak perempuan india dalam kelas kita orang ni,. Baru satu Malaysia,. dia orang ni pun tak banyak buat hal dalam kelas ni,. Dia orang ni tergolong dalam golongan yang pandai juga,. Dia orang ni baik oangnya,.tak selalu buat hal la,. Rajin juga orangnya,. Kalau kerja sekolah yang mana kita orang tak siap lagi tu,. pagi – pagi mesti cari dia orang ni sebab nak pinjam buku  ‘nak copy paste la’ kesian dekat dia orang ni tapi dia orang tak kesah kita orang lagi la tak malu nak meniru dia orang,. Nama dia orang ni seakan – akan sama seorang GOGILAVANI seorang lagi GOMATHI,.
                                                                                     
            Lupa nak  bagi tahu dekat pertubuhan SHD tu ada serikandi dan ketuanya juga,. Serikandi yang dilantik secara ikut suka hati dia orang ni ialahNURUL AIN tapi dekat dalam kelas ni memang ada dua orang NURUL AINyang berbeza tapi nama je yang sama,. Seorang NURUL AIN RAHIM iaitu serikandi yang di lantik secara suka – suka oleh ahli pertubuhan ni,. Seorang yang sporting dan dia ni kira macam artis dekat kelas ni la tapi bukan dekat keals tu je dekat sekolah juga,. Dengan bakat menyanyi dia telah ditubuhkan kelab kegiran dekat sekolah ni dan dia  ni salah satu artis yang ada dalam kumpulan itu,. Suaranya memang sedap dan lunak apabila mendengarnya memang tak siapa dapat tandingi suaranya dalam sekolah tu je la dekat luar tak tahu lagi,.
NURUL AIN ZAILAN  seorang yang sangat berbeza dengan NURUL AIN RAHIM ni seorang yang berpegangan agama sikit tapi sikapnya lebih kurang macam kita orang juga,. Tapi dia  ni sangat suka membantah apa yang kita orang buat dah suka membantah cakap orang.. orang yang berbeza tapi nama yang sama AEN dan AIN  masing – masing mempunyai sikap yang tersendiri,. TapiNURUL AIN ZAILAN sangat tak bersetuju dengan pertubuhan SHD ni,.
            Seorang ni dia ni pembimbing rakan sebaya dekat dalam kelas ni,. Dia ni gila boleh sangat masuk dengan budak – budak ni,. Lebih kurang sama je walaupun pembimbing rakan sebaya tapi tak nampak dia membimbing rakan – rakan pun tapi ada juga kebaikan yang dia ni buat ,. Dia ni rajin sangat bagi info tentang pemohonan melanjutkan pelajaran,. Ala lagi pun memang tu tugas dia,. Tapi bila cikgu tak ada dekat kelas ni dia ni la yang bawa budak –budak ni ponteng tapi bukan ponteng ke tempat yang teruk dia ajak ponteng dekat bilik kauseling je,. Bukan dia orang yang memerima kauseling tapi dia orang yang mengkauselingkan orang,.  Dasyat dia orang ni,. Nama dia ni AMIRUL SYAZWAN boleh panggil dia ni WAN atau ONE sama je sebutannya tu,.
            AHMAD ZAIDI dia ni sama macam MUHAMMAD AMIRUL FAIZsuka datang sekolah lewat walau pun rumah tak sampai 5km,. jalan kaki pun boleh tapi dia ni menunggang motosikal ke sekolah ,. Senang sangat nak pergi sekolah tapi tu la,. Dia ni boleh tahan juga sebab dah join dengan SHD  memang tu je la kerja dia orang ni,. Dia ni baran juga la bila gaduh dengan perempuan pun memang menengking je la kerjanya tapi hati dia baik,. Budak – budak ni walau pun degil macam mana pun cikgu tak dapat marah dia orang ni sebab dia orang ni memang suka menyumbang kebaikan dia orang ni kepada sekolah ni,. “orang cakap muka ganas hati bunga tapi dia  orang ni muka ganas hati ada cahaya(nur) juga,.” Dia ni orang panggil dia ZAIDI,. Tapi ada nama manja juga dia ni,. EDY,.
            Yang ni satu kepala dengan MUHAMMAD FARIS suka bola kalau boleh tidur bola , makan bola semuanya bola la,. Kalau pelawanan apa yang ada dekat dunia ni memang dia orang ni la yang tahu,. Tahun 2010 ni world cup memang dia orang ni tak ada kerja lain tengok bola sampai 2-3 pagi,. Memata – mata nak tahu siapa yang akan menang dalam perlawanan,. Nama kawanMUHAMMAAD FARIS ni ialah MUHAMAD ALIF,. Orang panggil dia ni ALIPtapi kalau nak bahan dia ni kita orang panggil dia NINE(9) sebab NINE tu nama bapa dia ni macam MUHAMMAD ARIFF juga,. Bahan nama bapa “kesian bapa dia orang ni,. Tapi apa budak – budak ni kesah,.”
            MUHAMMAD FAT HURROHMAN ALI yang ni memang nama dia,. panjang memang panjang tak campaur dengan nama bapa tu tau,. Kita orang panggil dia ni FAT dalam sebutan melayu dan juga sebutan English,. Cikgu la yang selalu panggil nama dia dalam sebutan English lagi pun memang padan dengan dia pun ,. Tembam(gemuk) orangnya,. Orang kata dia ni comel orangnya “nak jaga hati  dia sebenarnya ni” memang orang yang kuat makan tapi dia ni lain sikit dengan budak – budak dekat dalam kelas ni tak banyak buat hal sangat la walau pun ada tapi jarang sekali,. Mungkin sebab dia tahu dia ada kelemahan,. Tapi kalau ada sesiapa yang nak buat hal dengan dia ni memang ramai la yang akan pertahankan dia ni,. Budak – budak ni baik sebenarnyakan,. Sanggup pertahankan kawan walau pun sanggup gaduh dekat luar untuk kawan,. dia orang ni sanggup buat apa pun tak kesah la macam mana pun rupa kawan , kekurangan kawan ni pun,.
            Seorang lagi ni wanita dekat dalam kelas ni,. Dia ni cantik orangnya,. pandai orangnya,. Tapi tolong jangan tengok dari luarannya cuba bergaul dengan dia ni,. Dia ni boleh tahan sangat dengan budak –budak ni gila juga,. Jangan tengok dari rupa je,. Cara dia bergaul macam  lelaki kasar juga orangnya,. dia tak pernah pukul budak perempuan la tapi budak lelaki selalu jadi mangsa dia ni,.. dia ni pun atlet juga,. Nama dia SYARAFINA nama dekat jersi dia SYARA orang panggil pun SYARA,.
            SABRINAorangnya lembut sangat,. Jarang bersuara tapi kalau tak kenal dia ni memang cakap dia ni boleh jadi calon isteri misali,. Memang tak dapat dinafikan dia ni sempurna untuk jadi seorang isteri tapi ada masanya juga perangai gila – gila dia ni keluar,. Tanpa disangka juga la,. Tapi yang paling ingat tentang dia ni adalah dia ni orang yang sangat bergaya,. Sebab setiap hari dia ni akan bertukar – tukar beg dan jam tangan,.  Tapi jangan sampai bertukar – tukar lelaki sudah kak,. Orang boleh panggil dia ni SABRINA atau RINA tapi tak ramai yang panggil dia RINA kita orang lebih suka panggil dia SABRINA yang bermakna sabar dan berani sebab nama tu sesuai dengan perwatakan dia juga,.
            Kalau perasan nama FATIN yang ke empat tu tak disebutkan dan kalau nak tahu siapa FATIN tu dia tu adalah orang menulis cerita ni,. Kalau saya cerita tentang saya mesti memuji diri sendiri je,. Dengan itu saya memutuskan untuk tidak berkata – kata apa – apa tentang diri saya sendiri,. Nama saya FATIN FARHANA dia orang panggil saya FANA,. Saya seorang yang dilanda kebosanan ketika ini,.
            Sekian ini cerita saya tentang kisah kelas REKA CIPTA,. Kalau ada apa- apa yang boleh membuat orang yang dalam cerita ini tersinggung atau kecil hati saya memohon maaf sebab ini adalah cerita yang diceritakan oleh seorang derita kebosanan,.
Suka – suka je,.
Sekian kisah dari saya tentang 29 orang murid kelas REKA CIPTA,.
                                                

                    
         
NAMA MURID
UCAPAN
AMIRUL SYAZWAN
Jangan ikut jalan sempit
AHMAD ZAIDI
Yang lemah kena pijak
DING CHEONG WEN
Cheer up all my friend,. All the best
FATIN FARHANA
Don’t destroy my life
FATIN SYAHIRAH HANI
Saya wanita manja dan comel
FATIN HASSANAH
Be yourself
FATIN NUR ASYIKIN
Get the 1’st place
NURUL AIN RAHIM
5RC still the best for me,.
NURUL AIN ZAILAN
Study smart and pray hard
GARY
Wonderful life, wonderful love
GOGILAVANI
All the best for all SPM student, be the best
GOMATHI
Study smart, study hard , be smart
MAREENA
Yang indah selalu dalam kenangan
NOORSUHANA
Lonely is gorgeous
LUQMAN NUR RASHED
Pegang segulung ijazah,jangan pegang sejenis dadah, biar masuk universiti , jangan masuk pusat serenti(S.H.D.B.)
MUHAMMAD NU’AIM
You such a loser !! OMG (S.H.D.)
MOHD ALIF
Hahahehehuhu (S.H.D.)
MOHD FARID
“hidup itu konsep”
MOHD AMIRUL FAIZ
Yang kuat selalu pijak yang lemah(S.H.D.)
MUHD FAT HURROHMAN ALI
Ohh waaoohhh x3, when I reach 18,I’m gonna join Man.Utd(milo) !!!
NUR KHAIRRUNISA
Kejar masa,. Study smart,.
NUR SABRINA
Time is gold
SITI WAHIDAH
Pelan pelan kayuh !
SYARAFINA
Always be cool
SYAZWAN SYAFIQ
Marilah belajar
WAI  KWAI FOONG
Be happy always
GO YUN TING
Don’t worry be happy
MUHD FARIS
No comment


No comments:

Post a Comment